Sebagai rakyat Malaysia, kita
perlu bersyukur kerana kerajaan telah membina banyak kemudahan awam di negara
kita untuk kemudahan dan kebaikan kita semua. Kemudahan awam yang dibina oleh
kerajaan ini juga adalah menggunakan wang rakyat
dan ia patut dijaga dengan baik. Antara kemudahan awam yang telah dibina di
negara kita semenjak kemerdekaan sehingga sekarang adalah seperti di bawah.
Hospital
Antara kemudahan awam yang
telah dibina oleh kerajaan di setiap negeri dan daerah ialah hospital. Hospital penting kepada rakyat untuk
mendapatkan rawatan apabila sakit atau berlaku kemalangan. Semua rakyat Malaysia berhak untuk mendapat kemudahan
rawatan secara percuma dan bayaran hanyalah dikenakan untuk sewa wad
sahaja. Oleh itu, masyarakat sewajarnya menjaga kesihatan dengan baik dan segera
mendapatkan rawatan di hospital
apabila jatuh sakit.