Rabu, 21 Oktober 2015

KEMUDAHAN AWAM






KEMUDAHAN AWAM DI MALAYSIA

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur kerana kerajaan telah membina banyak kemudahan awam di negara kita untuk kemudahan dan kebaikan kita semua. Kemudahan awam yang dibina oleh kerajaan ini juga  adalah menggunakan wang rakyat dan ia patut dijaga dengan baik. Antara kemudahan awam yang telah dibina di negara kita semenjak kemerdekaan sehingga sekarang adalah seperti di bawah.
Hospital
Antara kemudahan awam yang telah dibina oleh kerajaan di setiap negeri dan daerah ialah hospital. Hospital penting kepada rakyat untuk mendapatkan rawatan apabila sakit atau berlaku kemalangan. Semua rakyat Malaysia berhak untuk mendapat kemudahan rawatan secara percuma dan bayaran hanyalah dikenakan untuk sewa wad sahaja. Oleh itu, masyarakat sewajarnya menjaga kesihatan dengan baik dan segera mendapatkan rawatan di hospital apabila jatuh sakit.



Balai Bomba
Kemudahan awam lain yang dibina oleh kerajaan ialah balai bomba. Sesungguhnya, balai  bomba amat penting apabila berlaku sesuatu bencana seperti kebakaran atau kemalangan. Sewajarnya setiap rakyat mengetahui nombor telefon balai bomba supaya mereka senang menghubungi pihak bomba apabila berlaku sesuatu bencana. Janganlah membuat panggilan palsu ke balai bomba  kerana ia akan mendatangkan masalah kepada pihak bomba dan orang awam sendiri. Jika ada kenderaan bomba yang ingin menuju ke sesuatu tempat, pengguna jalan raya yang lain hendaklah ketepi dengan segera untuk memberi laluan kepada kenderaan tersebut.




Padang dan Taman permainan
Satu lagi kemudahan awam yang telah dibina oleh kerajaan  ialah padang dan taman permainan. Padang dan taman permainan dibina sebagai tempat rekreasi untuk keluarga pada hujung minggu atau hari kelepasan umum. Pengguna padang dan taman permainan mestilah menggunakan kemudahan yang disediakan dengan baik. Aduan hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarang aktiviti vandalisme di padang dan taman permainan.


Telefon Awam
Telefon awam juga merupakan kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan. kemudahan telefon ini penting untuk membuat pangilan terutama apabila belaku sesuatu kemalangan. Walaupun ramai rakyat memiliki telefon bimbit, namun telefon awam tetap penting. Tabiat merosakkan telefon awam perlu dielakkan kerana ia akan menyusahkan banyak pihak. Pihak yang merosakkan telefon awam mesti didenda dan dikenakan tindakan tegas kerana pembinaan telefon awam ini memerlukan belanja yang banyak.


Lapangan Terbang
Selain itu, lapangan terbang juga merupakan kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan untuk memudahkan pergerakan rakyat ke sesuatu destinasi. Kos pembinaan lapangan terbang ini amat tinggi dan mengambil masa yang panjang. Oleh itu, rakyat mesti menggunakan kemudahan yang ada di lapangan terbang ini dengan sebaik mungkin. Antara lapangan terbang yang terdapat di Malaysia ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Pulau  pinang dan Lapangan Terbang Kuching. Pembinaan lapangan terbang merupakan pemangkin kepada kmajuan sektor pelancongan negara dan banyak memberi faedah kepada rakyat

14 ulasan: