Rabu, 21 Oktober 2015

KEMUDAHAN AWAM






KEMUDAHAN AWAM DI MALAYSIA

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur kerana kerajaan telah membina banyak kemudahan awam di negara kita untuk kemudahan dan kebaikan kita semua. Kemudahan awam yang dibina oleh kerajaan ini juga  adalah menggunakan wang rakyat dan ia patut dijaga dengan baik. Antara kemudahan awam yang telah dibina di negara kita semenjak kemerdekaan sehingga sekarang adalah seperti di bawah.
Hospital
Antara kemudahan awam yang telah dibina oleh kerajaan di setiap negeri dan daerah ialah hospital. Hospital penting kepada rakyat untuk mendapatkan rawatan apabila sakit atau berlaku kemalangan. Semua rakyat Malaysia berhak untuk mendapat kemudahan rawatan secara percuma dan bayaran hanyalah dikenakan untuk sewa wad sahaja. Oleh itu, masyarakat sewajarnya menjaga kesihatan dengan baik dan segera mendapatkan rawatan di hospital apabila jatuh sakit.