Sebagai rakyat Malaysia, kita
perlu bersyukur kerana kerajaan telah membina banyak kemudahan awam di negara
kita untuk kemudahan dan kebaikan kita semua. Kemudahan awam yang dibina oleh
kerajaan ini juga adalah menggunakan wang rakyat
dan ia patut dijaga dengan baik. Antara kemudahan awam yang telah dibina di
negara kita semenjak kemerdekaan sehingga sekarang adalah seperti di bawah.
Hospital
Antara kemudahan awam yang
telah dibina oleh kerajaan di setiap negeri dan daerah ialah hospital. Hospital penting kepada rakyat untuk
mendapatkan rawatan apabila sakit atau berlaku kemalangan. Semua rakyat Malaysia berhak untuk mendapat kemudahan
rawatan secara percuma dan bayaran hanyalah dikenakan untuk sewa wad
sahaja. Oleh itu, masyarakat sewajarnya menjaga kesihatan dengan baik dan segera
mendapatkan rawatan di hospital
apabila jatuh sakit.
Balai Bomba
Kemudahan awam lain yang dibina
oleh kerajaan ialah balai bomba. Sesungguhnya,
balai bomba amat penting apabila berlaku sesuatu bencana seperti
kebakaran atau kemalangan. Sewajarnya setiap
rakyat mengetahui nombor telefon balai bomba supaya mereka senang menghubungi
pihak bomba apabila berlaku sesuatu bencana. Janganlah membuat panggilan
palsu ke balai bomba kerana ia akan mendatangkan masalah kepada
pihak bomba dan orang awam sendiri. Jika
ada kenderaan bomba yang
ingin menuju ke sesuatu tempat,
pengguna jalan raya yang lain hendaklah ketepi dengan segera untuk memberi laluan kepada kenderaan
tersebut.
Satu lagi kemudahan awam yang
telah dibina oleh kerajaan ialah padang
dan taman permainan. Padang dan taman permainan dibina sebagai tempat
rekreasi untuk keluarga pada hujung minggu atau hari kelepasan umum. Pengguna padang dan taman permainan mestilah
menggunakan kemudahan yang
disediakan dengan baik. Aduan hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa jika terdapat
sebarang aktiviti vandalisme di
padang dan taman permainan.
Telefon awam juga merupakan
kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan. kemudahan telefon ini penting untuk
membuat pangilan terutama apabila belaku sesuatu kemalangan. Walaupun ramai rakyat
memiliki telefon bimbit, namun telefon awam tetap penting. Tabiat merosakkan telefon awam
perlu dielakkan kerana ia akan menyusahkan banyak pihak. Pihak yang merosakkan telefon awam mesti
didenda dan dikenakan tindakan tegas kerana pembinaan telefon awam ini memerlukan belanja
yang banyak.
Selain itu, lapangan terbang juga
merupakan kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan untuk memudahkan pergerakan rakyat ke sesuatu
destinasi. Kos pembinaan lapangan terbang ini amat
tinggi dan mengambil masa yang panjang. Oleh itu, rakyat mesti menggunakan
kemudahan yang ada di lapangan terbang ini dengan sebaik mungkin. Antara
lapangan terbang yang terdapat di Malaysia
ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang
Pulau pinang dan Lapangan Terbang Kuching. Pembinaan lapangan terbang merupakan pemangkin kepada kmajuan
sektor pelancongan negara dan banyak memberi faedah kepada rakyat
Menarik!
BalasPadamheheh...trima kasih (^_^)
BalasPadambiase2 aje puan die punye......
BalasPadamjeles la 2 (^_^)
BalasPadamclear
BalasPadamNice information
BalasPadamthanks
BalasPadamnice
BalasPadamnice
BalasPadamBoleh tahan
BalasPadamKeterangan yang baik
BalasPadamTq👍
BalasPadamSaya faham terima kasih 💝
BalasPadamWynn casino review - Dr.MCD
BalasPadamWynn is an entertainment 군포 출장안마 and casino, 강릉 출장샵 located in Las Vegas, Nevada, United States. Wynn 영주 출장마사지 is open 화성 출장마사지 daily 24 충청북도 출장마사지 hours. It offers slots, table games,